24 April 2009

Kotak Cenderahati - Doorgift Surah Yaasin

Salam semua, kali ni Kekotak disini menampilkan kotak yang sesuai untuk dijadikan doorgift. Kotak ini bersaiz 10cm x 15cm x 4cm (tinggi). Kotak ini telah dijadikan doorgift untuk tetamu istimewa pada majlis kenduri kesyukuran dan naik buai permata hati Kekotak disini - Nur Hana Humaira lebih kurang sebulan yang lalu.


Kotak ini telah dimuatkan dengan senaskah Surah Yassin, sehelai tuala kecil & sekotak kismis didalamnya. Idea doorgift dalam bentuk Surah Yassin, tuala & kismis ni datang dari opah kepada Nur Hana Humaira sendiri yang mahukan kelainan dari segi bentuk buah tangan kepada tetamu.

Harga : bermula dari RM3.50
(tidak termasuk hiasan & Surah Yassin)

* Jenis kemasan & warna adalah mengikut kehendak pelanggan
namun ianya bergantung kepada 'availability'.