22 October 2009

Kotak Cenderahati - Kotak Coklat


Kotak ekslusif ini telah ditempah oleh saudari Bal dari Johor pada bulan Mei yang lepas. Kotak ini bersaiz 16cm x 12cm x 4cm (tinggi) dengan divider yang boleh memuatkan 12 biji coklat. Kotak coklat ini mempunyai kemasan berwarna Coklat Metalik pada bahagian luar manakala kemasan dalamannya berwarna hitam. Dengan penutup yang mempunyai 'window', kotak ini dijual dengan harga RM10.00.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui email mhanif620@yahoo.com atau sms ke 016-3584183

17 September 2009

Sekadar makluman....cuti raya

Assalamualaikum & salam sejahtera buat pengunjung Kekotakdisini

Dimaklumkan bahawa Kekotakdisini akan bercuti dari 18/9 hingga 27/9 sempena Hari Raya Aidilfitri. Sebelum pulang bercuti, terimalah pantun yang tak seberapa dari Kekotakdisini.

Pandu kereta berhati-hati,
Agar selamat sampai ke destinasi,
Salam Aidilfitri dari Kekotakdisini,
Insya-Allah lepas raya kita jumpa lagi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin.

Sekiranya ingin membuat pertanyaan, Kekotakdisini boleh dihubungi melalui sms atau telefon ke 016-3584183. Pertanyaan yang dibuat melalui email atau shoutmix hanya akan dijawab selepas tarikh 27/9.

13 September 2009

Kotak CC Single - semua varian

Berikut merupakan varian kotak cupcakes single yang ditawarkan oleh Kekotakdisini.

Kotak Single - varian Transparent 1

Kotak varian Transparent 1 (T-1) ini bersaiz 7 x 7 x 7cm dan boleh memuatkan cupcake bersaiz S atau M. Terdapat 2 jenis penutup untuk kotak varian ini iaitu 'simple' dan 'butterfly'.



Kotak Single - varian Transparent 2

Kotak varian Transparent 2 (T-2) ini sama dari segi saiz dengan varian Transparent 1 (T-1). Yang membezakannya ialah kotak ini berpenutup penuh dan holder untuk cupcake terletak di dalam kotak. Kotak ini juga boleh memuatkan cupcake bersaiz L (tanpa holder). Kotak varian ini juga turut dijual tanpa holder dengan penjimatan harga sebanyak 30sen.



Kotak Single - varian Plain

Ini merupakan kotak single yang paling ringkas dan murah dari Kekotakdisini. Bersaiz 7 x 7 x 7cm, kotak ini boleh memuatkan cupcake bersaiz S & M (dengan holder) dan saiz L (tanpa holder). Kotak ini didatangkan dengan warna putih.



Kotak Single - varian Floral 1
Berbeza dengan kotak-kotak sebelum ini, kotak single varian Floral 1 (F-1) ini merupakan kotak cupcake yang mempunyai corak (pattern) pada bahagian luarnya. Kotak varian Floral 1 ini didatangkan dengan 1 pilihan corak & 3 pilihan warna iaitu Magenta, Cyan & Hitam. Bersaiz 7 x 7 x 7cm, kotak ini mempunyai holder didalamnya yang boleh memuatkan cupcake bersaiz S atau M.



Kotak Single - varian Floral 2
Kotak ini sama dari segi rekabentuk dan saiz dengan varian Floral 1 (F-1), yang membezakannya ialah varian ini menawarkan 4 pattern dan 13 warna untuk dipilih. Pelanggan juga boleh memilih untuk menukar tulisan pada kotak, menambah gambar, dan juga menambah logo pada kotak.



Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui e-mail mhanif620@yahoo.com atau sms ke 016-3584183.

Kotak Cenderahati - Kotak Kurma


Kekotakdisini
telah menerima tempahan kotak exclusive daripada sebuah firma arkitek terkemuka untuk diisi dengan buah kurma dan dijadikan cenderahati kepada pelanggannya sempena bulan Ramadhan & Aidilfitri.


Dengan kemasan berwarna hitam, terdapat 2 saiz kotak yang telah ditempah iaitu 20.5 x 20.5 x 4cm dan 14 x 14 x 4cm. Pihak pelanggan juga turut meminta Kekotakdisini untuk membuat sarung kotak tersebut dimana design pada sarung disediakan sendiri oleh pelanggan.

Harga :
Kotak saiz 20.5 x 20.5 x 4cm (termasuk sarung) : RM 8.50
Kotak saiz 14 x 14 x 4cm (termasuk sarung) : RM 5.00

Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui email mhanif620@yahoo.com atau sms ke 016-3584183

10 September 2009


Salam 20 Ramadhan 1430h Kekotak disini ucapkan kepada para pengunjung laman ini. Terlalu lama rasanya laman ini tidak di'update', banyak posting yang tertangguh dek kerana sibuk dengan tugas hakiki. Insya-Allah sedikit masa lagi akan ada posting baru di laman ini. Laman ini juga sedang melalui proses kemaskini untuk memastikan isinya lebih mudah untuk difahami, insya-Allah.

Sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, saya juga ingin memohon maaf kepada para pengunjung dan pelanggan Kekotak disini jika ada kesilapan atau kesalahan yang saya lakukan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja sepanjang tempoh Kekotak disini beroperasi.

Akhir sekali, Kekotak disini ingin mengucapkan selamat beribadah di bulan yang mulia ini [semoga amal & ibadah kita diberkati] dan Selamat Hari Raya Aidilfitri [kepada yang memandu balik ke kampung, bawa kereta berhati-hati].

Kotak Cupcake - varian simple

Kotak cupcake varian simple ini menggunakan material yang sama seperti kotak kek biasa. Kemasan luar kotak ini berwarna putih manakala bahagian dalamnya berwarna kelabu. Dengan ketinggian 7cm, kotak ini turut didatangkan dengan holder / insert yang boleh memuatkan cupcake bersaiz Small, Medium atau Large.

Berikut adalah senarai kotak yang ditawarkan mengikut saiz CC & jumlah lubang pada holder / insert berserta harga :


Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui email ke mhanif620@yahoo.com atau telefon/sms ke 016-3584183.

Kotak Cupcake - varian exclusive


Kotak cupcake varian exclusive ini berbeza dengan varian simple, ianya diperbuat daripada cardboard yang lebih tebal. Bahagian kemasan luar pula boleh dipelbagaikan dari segi warna dan jenis kemasan, bergantung kepada kehendak pelanggan. Pelanggan juga boleh menentukan bentuk window pada kotak seperti bentuk segiempat, bentuk hati dan sebagainya. Kotak ini amat sesuai untuk dijadikan hantaran.




Gambar di atas adalah contoh kotak untuk 16pcs cupcakes yang bersaiz M.

Berikut adalah senarai harga bagi kotak CC varian exclusive ini :